PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN DALAM PENTERNAKAN AYAM


Pada pasca dunia yang serba moden ini, kebanyakkan peralatan dari segi pertanian dan penternakan semakin moden teknologinya. Hal ini kerana, semakin tinggi teknologi semakin tinggi nilainya kepada sesebuah masyarakat. Sebagai contoh paling besar dalam dunia penternakan di Malaysia ialah penternakan ayam. Kita sendiri boleh melihat betapa modenya cara penternakan ayam itu sendiri dari pelbagai aspek. Bermula dari aspek perumahan sehinggalah aspek perubatan, semuanya telah dimodenkan teknologinya. Dengan bermulanya perubahan ini kita dapat melihat betapa majunya teknologi moden sekarang.

        Antara penggunaan teknologi moden dalam penternakan ayam ialah reban ayam tertutup. Selalunya, kita selalu melihat reban ayam terbuka tetapi setelah dimodenkan masyarakat mengubahnya menjadi reban ayam tertutup. Reban ini lebih selamat berbanding reban ayam terbuka pada pasaran yang besar. Pengudaraan dalam reban boleh dikawal. Kawalan halaju angin yang boleh disesuaikan untuk berbagai peringkat umur ayam. Ia dapat membantu pengudaraan dan membekalkan oksigen segar yang cukup untuk setiap ekor ayam. Dengan adanya pengudaraan yang bagus, ayam yang diternak dapat hidup dengan baik dan segar.
        Selain itu, isu pemakanan juga telah dimodenkan untuk tumbesaran ayam yang berkualiti. Pemakanan ayam yang terkini ialah dedak probiotik. Dedak probiotik ini bukan sahaja untuk tumbesaran ayam tetapi bagus untuk kualiti telur dan anak ayam. ayam yang diberi makan dedak probiotik ini akan lebih sihat dan cepat membesar. Dedak probiotik ini menggunakan pati ikan sebagai sumber protein dan bebas daripada bahan terlarang selaian penggunaan probiotik bacillus. Dedak probioti ini didatangkan dalam bentuk pallet. Pemakanan ayam yang sihat dapat menjamin kesihatan ayam yang berkualiti.
         Seterusnya, peralatan untuk penternakan ayam juga sudah dimodenkan. Antara peralatan penternakan ayam ialah pan penyejuk. Pan peyejuk digunakan untuk membenarkan udara segar dan sejuk masuk ke dalam reban ayam untuk mengekalkan kelembapan di dalam reban. Pan penyejuk juga dapat mengeluarkan haba panas dari reban yang dihasilkan oleh ayam. Selain itu, mengurangkan kelembapan yang berlebihan dan menghalang pengumpulan gas ammonia dan karbon dioksida. Ketiadaan pan penyejuk tidak dapat membengkalkan udara yang segar kepada ayam di dalam reban tertutup.
          Selanjutya, dari segi perubatan amatlah tinggi perubahannya. Sebagai contoh penyelidikan dari Universiti Putra Malaysia yang menghasilkan vaksin bagi penyakit Gumboro (Bursal Disease Vaccine). Gumboro ialah penyakit yang mengakibatkan kematian ayam yang tinggi dan hilang daya tahan. Selain dari Malaysia, negara dari Myanmar dan Vietnam juga menggunakan vaksin ini untuk mencegah penyakit berjangkit. Penggunaan vaksin ini hanya perlu dimasukkan ke dalam air minuman ayam atau melalui suntikan di bahagian leher ayam. Setiap satu botol vaksin menghasilkan 1,000 dos. Dengan adanya vaksin yang terbaik, kita dapat mencegah pelbagai penyakit pada ayam.
        Akhir sekali, aplikasi petek ciptaan dari negara sebarang iaitu Indonesia. Aplikasi ini dapat memberi makan, memberi minum, dan membersihkan kandang secara automatik. Ada dua cara penggunaannya, iaitu dengan LCD dan menggunakan rangkaian Android. Kita juga dapat mengatur masa yang sesuai dengan kita inginkan. Aplikasi petek diciptakan sesuai untuk industri penternak ayam kecil. Dengan adanya aplikasi petek ini, kita  dapat memudahkan lagi kerja dalam penjagaan ayam.
        Natijahnya, teknologi moden bagi penternakan ayam dapat memudahkan lagi kita dalam penjagaan ayam. Teknologi yang semakin canggih ditambah lagi dengan kemodenan yang semakin pesat dapat memudahkan penternak ayam yang sudah ada di negara kita. Sebagai pelajar dalam bidang pertanian, kita seharusnya lebih maju dalam perubahan teknologi sekarang. Kita seharusnya berdiri sama tinggi dengan negara yang kini semakin maju dalam dunia pertanian dan juga penternakan. Oleh yang demikian, majulah untuk pertanian dan penternakan demi negara kita Malaysia.

Comments

Popular Posts